Bengkel hands-on TVET percuma seperti Body Massage, pembuatan pau serta Manicure & Pedicure menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada orang awam dan pelajar.

Sesi ini bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada pengunjung mempelajari kemahiran baharu yang membina minat, keyakinan dan pendedahan awal terhadap dunia TVET.