​Majlis penutupan ini disempurnakan oleh YB Datuk Francis Harden Holis, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) merangkap ADUN N.32 Simanggang.

​Penganjuran tiga hari ini berjaya mencapai matlamatnya di Sri Aman, memberi pendedahan kemahiran secara langsung dan membuka mata belia tempatan terhadap pelbagai peluang kerjaya dalam TVET.

​Kehadiran luar biasa lebih 5,236 pengunjung membuktikan sokongan padu komuniti. Kejayaan ini jelas menunjukkan bahawa Karnival TVET Sarawak berjaya menanamkan keyakinan bahawa TVET adalah laluan kerjaya yang cerah dan amat relevan untuk generasi muda.

​Tahniah diucapkan kepada semua pemenang pertandingan e-Sport Showdown: Mobile Legend, Pertandingan TVET Master (Pastri, Memasak, Solekan, Elektronik, Automotif, dan Elektrikal), serta pempamer yang memenangi anugerah Booth Sumpah Best.

​Terima kasih warga Sri Aman! Semangat dan sokongan anda telah membuktikan bahawa impak Karnival TVET Sarawak ini amat bermakna dalam membina generasi berkemahiran.