Hari Penutupan Karnival TVET Sarawak di Dewan Suarah Sri Aman berlangsung dengan pelbagai aktiviti yang membuka peluang dan menginspirasikan pengunjung.
Pertandingan E-Sport MLBB menyerlahkan kemahiran digital belia, manakala bengkel gelang manik memberi pengalaman praktikal yang menyeronokkan.
Ceramah kerjaya TVET turut menawarkan panduan tentang laluan pendidikan dan pekerjaan selari keperluan industri. Lebih 50 booth pendidikan dan industri menyediakan ruang penerokaan TVET kepada pengunjung secara menyeluruh.
Hari penutupan turut disemarakkan dengan persembahan istimewa oleh artis Allesandro.