Pengunjung terus memeriahkan Dewan Suarah Sri Aman sempena Karnival TVET Sarawak 2025 sehingga ke petang. Sesi petang tadi menyaksikan bakat menyerlah dalam TVET Master: Cooking, Bengkel Woodworking serta Karaoke Gema Nostalgia.
Tahniah kepada semua pemenang pertandingan TVET Master dan penerima hadiah lucky draw! Untuk peserta bengkel, kami berharap ilmu dan pendedahan hari ini menjadi langkah awal ke arah kemahiran yang lebih kukuh.
Warga Sri Aman, jom teruskan momentum ini! Datang beramai-ramai esok dan Ahad. Terokai peluang dan kuasai kemahiran anda!