Pasukan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah mengambil bahagian secara aktif dalam latihan Pensijilan EDU PICO yang dianjurkan oleh Cytron Technologies di TEGAS Digital Village hari ini.
Latihan ini memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal menggunakan mikropengawal Raspberry Pi dalam EDU PICO, yang dapat membantu meningkatkan kemahiran berharga untuk memperkasakan inisiatif pendidikan kami.