TEGAS, melalui inisiatif TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), telah mempamerkan pelbagai aktiviti STEM yang menarik, termasuk:-

  • Realiti Maya (Virtual Reality)
  • NEX Playground
  • Stacking Chair Puzzle
  • Flight Simulator
  • IQ Puzzle

Bagi pihak TEGAS, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Osman, Guru Besar SK Bako, atas jemputan kepada TCIL untuk menjadi fasilitator bagi Karnival STEM 2025.

Kami berharap pameran ini dapat membangkitkan minat pelajar terhadap STEM, menunjukkan bahawa bidang ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga bermanfaat dan penuh dengan ilmu yang berharga.