TEGAS, melalui inisiatif TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), telah menganjurkan pameran untuk pelajar-pelajar SMK Gedong yang menampilkan aktiviti seperti Nex Playground, Pengalaman Virtual Reality (VR), IQ Puzzle, Flight Simulator, Mtiny, dan demonstrasi Pen 3D.

Program ini bertujuan untuk menginspirasikan pelajar untuk meneroka bidang STEM sambil memberikan pengalaman pembelajaran secara praktikal melalui aktiviti interaktif.

Program ini turut disertai oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang mempamerkan pelbagai pameran berkaitan STEM.

Majlis telah dirasmikan oleh Pengetua, Encik Hamdan Bin Bujang.