Kami berbesar hati menyambut kehadiran pelajar Tahun 4 dan guru-guru dari Lodge National Primary School ke TEGAS Digital Village hari ini!
Lawatan dimulakan dengan penerangan mengenai inisiatif TEGAS, diikuti dengan lawatan berpandu ke kemudahan dan ruang kerja kami.
Para pelajar sangat teruja menyertai aktiviti interaktif seperti mencuba Virtual Reality, menguji Flight Simulator, menggunakan pen 3D, meneroka Mtiny, dan banyak lagi!
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Lodge National Primary School atas semangat dan sokongan anda dalam menjayakan misi TEGAS untuk mempromosikan STEM dan TVET.