Hari ini, kami berbesar hati menyambut pelajar dan guru dari SK Bako serta Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Abang Haji Matahir ke TEGAS Digital Village.
Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai inisiatif TEGAS yang disampaikan oleh Pengurus Komunikasi Korporat dan Sekretariat kami, Encik Mohd Shafiee Edmund. Seterusnya, pelawat dibawa melawat kemudahan kami, sambil melihat ruang-ruang yang kami sediakan.
Para pelajar sangat teruja menyertai pelbagai aktiviti praktikal seperti Realiti Maya (Virtual Reality), Simulator Penerbangan, Pen 3D, Mtiny, dan banyak lagi!
Terima kasih kepada SK Bako dan SK Abang Haji Matahir kerana menjadikan hari ini begitu istimewa!