Hari ini, Sekolah Seni Malaysia Sarawak berjaya menganjurkan Karnival STEM 3.0 yang penuh dengan aktiviti menarik dan inovasi!

TEGAS, melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), turut serta dalam acara ini dengan pameran STEM yang interaktif serta aktiviti praktikal.

Karnival ini juga menampilkan penyertaan daripada Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Centre for Technical Excellence (CENTEXS), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Pustaka Negeri Sarawak, dan banyak lagi!

Antara acara kemuncak ialah Cabaran Dron, Perlumbaan Dron Maya, dan pertandingan Pembinaan Jambatan, yang mendapat sambutan hangat daripada pelajar sekitar Kuching.

Lebih 300 pelajar dari 14 buah sekolah telah menyertai program ini.