Orang awam berpeluang menyertai aktiviti STEM dan teknologi digital secara langsung, termasuk Realiti Maya (Virtual Reality), Nex Playground, dan Teka-Teki IQ.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ir Haji Yusuf Bin Haji Abd. Wahab, Ahli Parlimen P.206 Tanjung Manis merangkap Pengerusi CIDB Malaysia, yang telah merasmikan acara tersebut.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei atas jemputan kepada TEGAS melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) untuk menyertai Hari Kerjaya & Pendidikan serta Hari Terbuka 2024 ini.

Kami berharap dapat meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Sarikei dalam program-program akan datang.