Program ini telah melabuhkan tirainya, yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin Bujang.

Ucapan tahniah kepada semua pemenang dalam pelbagai kategori! Bakat dan dedikasi anda benar-benar menyerlah.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para pempamer dan ‘makers’ atas sumbangan luar biasa mereka, serta kepada semua yang menjayakan acara ini dengan begitu cemerlang.

Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Borneo Makers Festival 2024! Kami berharap dapat bertemu anda lagi pada tahun hadapan!