TEGAS teruja untuk mengumumkan bahawa program tersebut akan berlangsung pada 2 – 3 November 2024 di Stadium Tertutup Sibu.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), Encik Fredick Kevin Buseli dan disertai oleh agensi-agensi utama termasuk Pejabat Pendidikan Daerah Sibu (PPD Sibu), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan banyak lagi.
TCIL juga melakukan recce di stadium tersebut untuk memuktamadkan barisan aktiviti yang menarik. Untuk maklumat lanjut, layari laman media sosial TEGAS.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak