Seramai 133 pelajar dari SMK Bako menyertai jerayawara tersebut dan memperoleh input daripada Sylvester Samuel dari TEGAS Community Innovative Learning (TCIL)! Dia berkongsi fakta menarik tentang Exoplanets, salah satu tema Cabaran NASA Space Apps 2024!

Semasa jerayawara berlangsung, para pelajar mendapati bahawa inovasi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk—sama ada melalui buku komik, tarian, ‘board games’ atau maskot—tanpa memerlukan pengekodan!

Sebagai persediaan untuk Hackathon Global yang dijadualkan pada 5 – 6 Oktober 2024, pelajar juga digalakkan untuk menyertai bengkel dalam talian yang berlangsung dari September 15 hingga Oktober 1, menawarkan panduan tentang projek inovasi dan proses penyerahan.

Jerayawara itu diteruskan hari ini (September 11), dengan hentian seterusnya di SMK Senibong dan SMK Sematan.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak