Dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dengan kerjasama TEGAS melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), acara tersebut berlangsung di SMK Bandar Sarikei sehingga Ogos 30 ini.

Pada hari pertama program, kami mengalu-alukan kehadiran para pelajar daripada 17 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah dari seluruh Sarawak untuk bertanding dalam cabaran dron manual.

Pelajar dari kawasan Sarikei turut menikmati aktiviti Fun STEM yang dijalankan oleh TCIL, meneroka dunia STEM dan teknologi digital yang menarik.

#DigitalInnovation4All
#InnovateSarawak