Seramai 250 pelajar dari SMK Kapit, SMK Kapit No 2, SMK Selirik, SMK Balleh telah menyertai majlis perasmian Karnival NASA Space Apps Sarawak yang telah berlangsung di SMK Kapit.
Majlis tersebut diserikan lagi dengan perasmian oleh YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat.
Program tersebut menampilkan pelbagai topik yang menarik seperti ‘Exoplanet’ dan 5 pameran interaktif, termasuk “Ask Me Anything,” Fun Bingo, Aero Challenge dan banyak lagi! Pelajar yang menyelesaikan semua aktiviti malah mendapat peluang untuk menang dalam cabutan bertuah!
Perhentian seterusnya ialah Lawas pada 9 September 2024. TEGAS melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) berbangga menjadi kolaborator untuk NASA Space Apps.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak