Antara sorotan menarik untuk hari tersebut ialah:
Bengkel STEM dan Teknologi Digital oleh TEGAS melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) Di Rh. Peringkatlu Sg. Ruas, Sugai, Pakan.
Ucapan perasmian oleh YB Tan Sri Dato Sri William Mawan Ikom, Penasihat di Pejabat Premier Sarawak (Industri Makanan, Komoditi dan Kemajuan Wilayah), yang turut berkesempatan untuk mengunjungi pameran TCIL dan kagum dengan aktiviti STEM dan Teknologi Digital.
Keseronokan daripada kanak-kanak dengan aktiviti seperti NEX Playground Interactive Game, 3D Puzzle, mTiny Coding Robot, dan Virtual Reality (VR) Experience.
Program Pembangunan Sosial Randau ialah inisiatif jangkauan bersepadu yang menyasarkan masyarakat luar bandar semua peringkat umur, anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Pejabat Residen Sarikei, dan Pejabat Daerah Pakan.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak