TEGAS melalui TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) berbesar hati untuk menjadi salah satu daripada 30 pempamer, membawakan aktiviti STEM dan Teknologi Digital yang menarik di Rh. Kintan, Ulu Sg. Ruas, Sugai, Pakan.

Antara yang menarik ialah NEX Playground Interactive Game, 3D Puzzle, mTiny Coding Robot, dan Virtual Reality (VR) Experience.

Pihak TCIL juga menganjurkan Cabaran Membina Jerami Kreatif dengan pelajar dari sekolah sekitar Pakan.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Pembangunan Sosial (MPS) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (KPWK) dengan kerjasama Pejabat Residen Sarikei dan Pejabat Daerah Pakan.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak