Mesyuarat Penyelarasan STEM Playground telah berlangsung di TEGAS Digital Innovation Hub, Miri hari ini, yang dipengerusikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Udin bin Bujang. Turut hadir, Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), Encik Fredick Kevin Buseli.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah wakil-wakil daripada Universiti Curtin Malaysia, Pejabat Pendidikan Daerah Miri, SeDidik, Chumbaka Miri, Pustaka Negeri Sarawak Cawangan Miri, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Daerah Miri, Majlis Bandaraya Miri dan Pejabat Residen Miri.

Mesyuarat itu bertujuan membincangkan penganjuran program dan peranan rakan-rakan strategik yang mengambil bahagian untuk program STEM Playground yang bakal berlangsung di Miri bulan hadapan.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak