Kami berbesar hati atas kehadiran Yang Berhormat, Dato Paulus Palu Gumbang, ADUN Batu Danau, yang merasmikan hentian ketiga-belas jerayawara yang diadakan di Hotel Purnama.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Tuan Haji Unus Tambi, Residen Limbang; Encik Fredick Kevin Buseli, pengurus kanan TCIL; Encik Milki Andreas, mewakili Pegawai Daerah Limbang; dan Encik Patrick Lukong, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Limbang.
Dalam ucapannya, YB Dato Paulus menggesa semua pelajar dan belia yang hadir di sini supaya merebut peluang yang disediakan semasa jerayawara tersebut.
“Bagi pelajar lepasan STPM dan SPM, serta pelajar Tingkatan 4, 5 dan 6 tahun ini, sudah tiba masanya untuk anda semua merancang lebih awal jurusan dan kursus mana yang sesuai untuk anda. Ingat, kejayaan seseorang bergantung kepada usaha dan perancangan yang tepat.
“Saya berharap ada timbul rasa minat dan kesedaran dalam diri setiap pelajar tentang peluang pendidikan dalam pelbagai bidang dan sedikit sebanyak membantu dalam menyediakan persiapan awal,” kata YB Dato Paulus.
Aktiviti menarik menanti anda semua sehingga jam 4 petang.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024