Pada sebelah petang, kami disertai oleh pelajar dari SM Sains Miri dan SMK Lopeng Tengah.

Sesi petang ini menampilkan Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, seorang guru dari SK Long Sebangang, Lawas. Dikenali mesra sebagai Cikgu Nazmi, beliau merupakan pemenang Malaysia Teacher Prize 2023. Beliau adalah pendidik yang inovatif, berdedikasi dalam mempersiapkan pelajarnya dengan pengalaman dunia nyata.

Sesi ini diteruskan dengan sesi motivasi oleh Mohd Hariz Hazwan Wahad, seorang individu yang terlibat dalam pelbagai bidang termasuk perancangan perkahwinan, ruang acara, inap desa, dan perkhidmatan katering. Beliau berkongsi dengan pelajar bagaimana beliau mengubah hobi menjadi kerjaya.

Destinasi seterusnya adalah di Dewan Hotel Purnama, Limbang pada 5 Ogos 2024 (Isnin). Jumpa anda di Limbang!