Pihak TEGAS amat berbesar hati untuk menerima kehadiran Yang Berhormat Datuk Hajah Rosey Binti Haji Yunus, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak & Masyarakat Sarawak (Pembangunan Wanita & Kanak-Kanak), yang merasmikan perhentian kesebelas jerayawara di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Subis Niah hari ini.

Turut hadir adalah Puan Nora Shafia binti Muhiyuddin, mewakili Residen Miri; Encik Fredick Kevin Buseli, Pengurus Kanan TCIL; Puan Norlila binti Haji Ulis, Pegawai Daerah Subis; dan Encik Razamie bin Wahed, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Subis.

Dalam ucapan beliau, YB Datuk Rosey menyatakan bahawa Roadshow Pro-DR adalah platform terbaik untuk pelajar luar bandar mendapatkan maklumat mengenai pendidikan dan peluang pekerjaan.

“Dengan adanya program ini dan interaksi secara bersemuka dengan pempamer, ia memberikan anak-anak kita peluang dan ruang untuk mencari maklumat bagi masa depan mereka juga,” kata YB Datuk Rosey.

Banyak aktiviti menarik menanti anda semua petang ini. Layari laman media sosial TEGAS untuk makluman lanjut.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024