Ahli Dewan Undangan Negeri Murum, Yang Berhormat Tuan Kennedy Chukpai Ugon, telah merasmikan hentian kesepuluh roadshow ini, dengan kehadiran 240 pelajar dari sekolah-sekolah berhampiran.

Turut hadir pada program tersebut adalah Puan Adella Talu, Pegawai Pentadbir Menguasa Pejabat Daerah Sungai Asap; Encik Fredick Kevin Buseli, Pengurus Kanan TCIL; DSP Jimbai Bala’, Ketua Polis Daerah Belaga; dan Puan Madelyne Nyipa, Pegawai Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Daerah Belaga, mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Belaga.

Dalam ucapan beliau, YB Tuan Kennedy menekankan kepentingan mengetahui prosedur yang betul untuk memasuki institusi pendidikan tinggi serta maklumat terkini mengenai peluang pendidikan dan pekerjaan yang ditawarkan oleh institusi pendidikan, agensi, dan institusi kewangan yang terlibat.

“Penting agar mereka dapat memahami dengan mendalam prosedur untuk memasuki institusi pendidikan tinggi atau mendapatkan bantuan kewangan. Kita tidak mahu seorang anak pun terpinggir, terutama di kawasan pedalaman ini, dalam arus permodenan dan dalam usaha kita membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya tinggi.

“Saya amat berharap agar warga Belaga dapat memanfaatkan sepenuhnya program ini,” kata YB Tuan Kennedy.

Temuduga terbuka yang dijalankan oleh Perkeso masih berlangsung sehingga pukul 4 petang. Banyak aktiviti menarik menanti anda semua petang ini.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024