Pada sebelah petang, kami telah disertai oleh pelajar SMK Pakan, SMK Julau dan SMK Julau No.2, di mana mereka telah menyertai pelbagai aktiviti seperti STEM Playground oleh TCIL, STEAM TREK oleh Pustaka Sibu, ‘stage games’ serta taklimat dari agensi dan institusi yang hadir.

Institusi pendidikan iaitu Sarawak Skills, i-CATS University College dan Kolej Laila Taib berpeluang berkongsi tentang kursus yang ditawarkan oleh institusi masing-masing.

Hari ini diakhiri dengan pengumuman pemenang cabutan bertuah, kejohanan Mobile Legend Bang Bang serta pemenang pertandingan karaoke.

Perhentian kami seterusnya ialah Dewan Masyarakat Bintangor pada 20 Julai 2024 (Sabtu). Jumpa anda semua di Bintangor!

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024