Yang Berhormat Datuk Mong Dagang, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Begunan, merasmikan perhentian ketiga jerayawara Pro-DR 2024 yang diadakan di Dewan Suarah Sri Aman, mewakili Yang Berhormat Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.
Turut hadir ialah Pengurus Kanan TEGAS Community Innovative Learning (TCIL), Encik Fredick Kevin Buseli; Pegawai Daerah Sri Aman, Encik Mahra Salleh; wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Encik Mohd Hamizan Yahya; serta wakil dari Pejabat Pendidikan Daerah Sri Aman, Encik Justin Devit.
Dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Datuk Mong, beliau menekankan bahawa generasi muda hari ini perlu menyesuaikan diri dengan kemahiran yang selari dengan prospek kerjaya dan perubahan semasa yang dibawa oleh digitalisasi dan ekonomi digital.
“Pada peringkat sekolah, pelajar hendaklah didedahkan dengan pendidikan STEM, iaitu Science, Technology, Engineering, and Mathematics. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk mengambil bidang berkaitan sains kerana bidang ini menawarkan peluang yang lebih luas dari segi akademik dan kerjaya. Pelajar hendaklah mengatasi persepsi bahawa sains itu sukar. Dengan kemajuan dalam inovasi digital, semua pengetahuan asas dan maklumat boleh diakses dengan mudah melalui internet, sebagai contoh, dari mana-mana platform pendidikan atau YouTube,” kata YB Datuk Snowdan.
Aktiviti-aktiviti menarik menanti pada petang ini, termasuk Kejohanan Mobile Legend Bang Bang, pertandingan karaoke, dan sesi cabutan bertuah.
#digitalinnovation4all
#innovatesarawak
#prodr2024