TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah turut serta mempamerkan booth STEM di SMK St Columba, Miri. Program ini melibatkan sebanyak 50 agensi dan institusi pendidikan dan berjaya menarik lebih daripada 1,000 pelajar yang mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti dianjurkan oleh TCIL.

Para pelajar juga berpeluang untuk mencuba pelbagai aktiviti seperti ‘Flight Simulator’, demonstrasi ‘Virtual Reality’, bengkel ‘3D Pen’, and ‘Smart Mind Games’. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk pemahaman dan semangat yang lebih mendalam terhadap mata pelajaran STEM di kalangan peserta.

TCIL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada SMK St Columba, Miri atas peluang menyumbang kepada pembangunan kemahiran STEM dalam kalangan komuniti pelajar.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak