Karnival Pendidikan dan Kerjaya Project of Dreams Realized (Pro-DR) Roadshow kini kembali dengan Siri Ke-9 pada tahun ini!

Temui lebih 30 buah institusi pendidikan dan latihan serta bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di 14 buah lokasi di seluruh Sarawak pada tahun ini.

Selain pameran pendidikan dan kerjaya, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang lain akan diadakan seperti:

  • Khidmat Nasihat Halatuju Minat & Kerjaya
  • Sembang Santai Bersama Ikon Belia
  • Perkongsian Belia: Kerjaya Masa Depan
  • Aktiviti STEM & Bengkel Makers
  • Aktiviti Pentas & Persembahan Buskers
  • Pertandingan eSukan Mobile Legends
  • Jualan Makanan Tempatan
  • Cabutan Bertuah Istimewa

Masuk adalah percuma dari Jam 9 Pagi hingga 4 petang! Jom temui kami di Pro-DR Roadshow.