Kira-kira 400 pelajar SK St Mary menyertai Karnival STEM 2024, yang diadakan sempena Bulan STEM Sekolah 2024.

Sebagai sebuah agensi yang menitikberatkan dan mempromosi pendidiakn STEM, TCIL telah mempamerkan pelbagai aktiviti STEM untuk dinikmati oleh pelajar seperti Drone Tello,Virtual Reality, Mtiny Robot, 3D Pen, Robomaster dan IQ Puzzle.

Bagi pihak TEGAS, TCIL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru besar SK St Mary, Janet Tikut, kerana menjemput TCIL untuk mengambil bahagian sebagai fasilitator di Karnival STEM 2024.

Diharapkan pameran ini dapat menyemarakkan minat pelajar dalam bidang STEM seterusnya terbukti bermanfaat dan menimba ilmu yang berguna untuk mereka.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak