Majlis Penutupan Program TEGAS Innovation & Inventive Lab (TiiL), Bengkel Pensijilan TRIZ Tahap 2, telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS, Tuan Haji Udin Bujang, di Kuching Park Hotel semalam (21 Mei).

Turut hadir adalah Encik Samsudin Mohd Saleh, Pengarah Politeknik Kuching yang juga penyelaras Bengkel Pensijilan TRIZ Tahap 2, Puan Shirley Philip, Pengarah Kolej Komuniti Mas Gading, dan Puan Nur Syazwanie Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kuching.

Pada majlis yang sama, Tuan Haji Udin menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta bengkel.

TEGAS berharap agar semua ilmu yang telah diperoleh selama bengkel dua hari ini akan menyumbang kepada mempercepatkan inovasi dalam kalangan belia di Sarawak.

#digitalinnovation4all
#innovatesarawak