TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah mengadakan T&T Mini Lab Challenge Pusingan Pertama bersama-sama dengan pelajar Bengkel T&T Mini Lab dari 11 sekolah. Seramai 6 kumpulan telah menyahut cabaran dan mengambil bahagian dalam Challenge ini pada destinasi pertama iaitu di Serian Digital Innovation Hub.
Sekolah-sekolah yang telah terlibat di Serian ialah SMK Bako, SMK Siburan dan SMK Balai Ringin. Setiap kumpulan telah menunjukkan kemahiran digital teknologi mereka dengan membuat pembentangan mengenai robot yang mereka telah print sendiri menggunakan 3D printer berserta dengan coding yang telah mereka menguji menggunakan Arduino IDE.
Tujuan T&T Mini Lab Challenge dijalankan adalah untuk melahirkan pelajar – pelajar yang berdaya saing dalam dunia teknologi yang semakin mencabar selepas melalui 10 modul Bengkel T&T Mini Lab tahun lepas. Pelajar-pelajar juga dapat mendalami lagi ilmu pengetahuan yang telah disampaikan oleh pengajar dari TCIL dengan aktiviti hands-on seperti ini.