Sekitar lawatan Sekolah Kebangsaan Sungei Passin, Daro dan Sekolah Kebangsaan Paya Mebi, Padawan ke TEGAS Digital Village pada pagi tadi.
Rombongan guru dan pelajar telah dibawa untuk melawat fasiliti yang disediakan di TEGAS Digital Village serta diberi penerangan mengenai peranan TEGAS dalam mempromosikan bidang STEM, TVET dan pembangunan ekosistem Keusahawanan Digital di Sarawak.