Kemeriahan Program Randau Pembangunan Sosial (RPS) Bahagian Limbang diteruskan lagi pada hari ini di Kampung Long Tuan, Trusan, Lawas.
Booth TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) mendapat sambutan yang sangat mengalakkan terutamanya daripada kalangan kanak-kanak, belia dan orang dewasa dari Kampung Long Tuan, Trusan yang berminat dengan aktiviti berkaitan STEM dan teknologi digital.