Sekitar lawatan kerja dari Majlis Belia Negeri Pahang @beliapahang ke TEGAS Digital Village pada pagi tadi yang diketuai oleh Encik Wan Mohd Hafizzul Wan Ismail merangkap Setiausaha Agung Majlis Belia Negeri Pahang.
Rombongan telah dibawa untuk melawat fasiliti yang disediakan di TEGAS Digital Village serta diberi penerangan mengenai peranan TEGAS dalam mempromosikan bidang STEM, TVET dan pembangunan ekosistem Keusahawanan Digital di Sarawak.







