Sekitar pertandingan Sarawak Minecraft Championship 2023 @ Saratok yang bertempat di Dewan Masyarakat Sri Krian, Saratok pada Rabu, 20hb Disember 2023 yang lalu.

Selain pertandingan Minecraft yang menguji kreativiti serta kemahiran para pelajar dalam membuat binaan dalam permainan video, turut diadakan pertandingan e-sukan yang lain seperti Cabaran Mobile Legends Bang Bang @ Saratok dan Pertandingan FIFA23 @ Saratok.

Pertandingan ini telah menarik minat peserta dalam kalangan belia yang bukan sahaja dari kawasan Saratok, malah turut disertai oleh pasukan dan peserta dari kawasan Bintulu, Sibu dan juga Kuching. Seramai 500 orang peserta telah menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut.

Di sebelah malamnya pula telah diadakan Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dan peserta. Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Friday ak Belik selaku ADUN N.39 Krian yang juga merangkap Ahli Lembaga Amanah TEGAS.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai pertandingan Sarawak Minecraft Championship 2023 @ Saratok, Cabaran Mobile Legends Bang Bang @ Saratok dan juga Pertandingan FIFA23 @ Saratok!

Sarawak Minecraft Championship 2023 @ Saratok yang dianjurkan oleh TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) ini bertujuan untuk menggalakkan dan memperkasa bakat dalam bidang e-sukan dalam kalangan belia Sarawak. Melalui platform ini, belia berpeluang untuk menonjolkan kebolehan mereka, memperluas jaringan, dan mendapatkan pengalaman berharga dalam industri esukan yang sedang berkembang pesat.

#SarawakMinecraftChampionship #DigitalInnovation4All