Lawatan sambil belajar daripada SK Bukit Kinyau ke TEGAS Digital Village pada Selasa, 19hb Disember yang lalu.
Terlebih dahulu, para pelajar dan guru telah dibawa melawat fasiliti yang disediakan di TEGAS Digital Village. Kedatangan rombongan sekolah telah disambut oleh Tuan Haji Udin bin Bujang, Ketua Pegawai Eksekutif TEGAS.
Selain itu, pihak rombongan juga telah berpeluang untuk bermain dan mencuba aktiviti-aktiviti STEM yang telah disediakan oleh Team TEGAS Community Innovative Learning.