07 Disember 2023
TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan aktiviti dan pameran sempena program Karnival Pendidikan STEM PPD Song bertempat di Dewan SJKC Hin Hua, Song pada hari ini.
Selain daripada untuk mendedahkan kepada para pelajar di sekitar kawasan Song mengenai STEM dan teknologi digital, program ini juga bertujuan untuk membantu mengumpulkan dana bagi melengkapkan peralatan bagi STEM Hub di SJKC Hin Hua serta mewujudkan Mini STEM Hub di SK Nanga Embuau, SK Nanga Nyimoh dan SK Nanga Temalat.
Pihak TEGAS melalui Team #TCIL amat berbesar hati untuk menyumbang dari segi kepakaran kami untuk berkongsi bersama pelajar di sekitar kawasan Song dalam merealisasikan STEM Hub disetiap sekolah di kawasan tersebut.