TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran sempena program MYPajar STEMnovation Carnival 2023 bertempat di SK Pajar Sejingkat, Kuching pada hari ini, 15hb November 2023.
Karnival yang dihadiri lebih daripada 500 orang murid, guru dan juga ibu bapa ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang pendidikan STEM kepada para pelajar dan juga ibu bapa. Selain itu, karnival ini juga menjadi platform untuk menunjukkan bakat para pelajar melalui pameran projek inovasi mereka.
TCIL telah dijemput untuk mengadakan pameran aktiviti STEM dan teknologi digital seperti robotik dan juga VR (virtual reality). Terima kasih kepada pihak sekolah SK Pajar Sejingkat kerana telah menjemput kami sempena karnival ini!