08 November 2023
Sekitar lawatan daripada pihak SK Mandor Aris, Sarikei ke Pejabat TEGAS di TEGAS Digital Village, Kuching. Lawatan sambil belajar ini telah disertai oleh seramai 44 peserta terdiri daripada pelajar tahun 6, guru dan juga ibu bapa.
Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar, guru dan juga ibu bapa tentang fasiliti yang disediakan di TEGAS Digital Village serta peranan TEGAS dalam mempromosikan bidang STEM, TVET dan keusahawanan di Sarawak.
Para pelajar juga telah dibawa untuk bermain permainan berkaitan dengan STEM serta teknologi digital di bilik Makerspace TEGAS Digital Village. Antara aktiviti yang dibawakan adalah seperti VR, robotik dan dron. Aktiviti ini telah disediakan oleh seksyen TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) di TEGAS.
Terima kasih kepada pihak SK Mandor Aris, Sarikei kerana sudi untuk melawat kami di TEGAS!