Sekitar Program Makersmeet x Borneo Makers Festival yang dianjurkan oleh Pustaka Negeri Sarawak, Sibu, dan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) pada 21hb-22hb Oktober di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.

Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan platform khas bagi para pereka dan pencipta tempatan dari pelbagai bidang dan latar belakang untuk berjumpa dan berkongsi ilmu. Program ini meliputi pameran dan aktiviti praktikal, projek DIY, serta acara yang mendorong ciptaan dan inovasi.

Pelbagai bengkel dan pameran menarik diadakan seperti Pertukangan, Seni & Kraf, Robotik, Tekstil, Diorama, persembahan, masakan, dan banyak lagi.

Terima kasih para pengunjung yang sudi hadir memeriahkan program selama 2 hari ini.

Jumpa lagi pada tahun yang akan datang.

#MakersMeet

#BorneoMakersFestival