Sekitar program Hari Kokurikulum SMK Green Road, Kuching pada 4 November 2023 yang lalu.

TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah turut serta di dalam program Hari Kokurikulum SMK Green Road sebagai pempamer. Dalam program kali ini, pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah membawakan pameran serta aktiviti berkaitan dengan STEM dan teknologi digital bersama pelajar dan guru di SMK Green Road, Kuching. Antara aktiviti yang telah diadakan adalah seperti pameran Virtual Reality (VR), Mathematics Mind Games, Drone Simulator dan banyak lagi.

Sambutan sangat menggalakkan daripada para pelajar dan guru SMK Green Road, Kuching. Terima kasih kepada pihak SMK Green Road kerana telah menjemput pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) dalam program kali ini!

#DigitalInnovation4All