Sekitar Bengkel Think & Tinker (T&T) Mini lab Siri Ke-4 di SMK Kapit pada 13hb Oktober 2023 yang lalu.
Dalam sesi bengkel ini, para pelajar telah didedahkan kepada cara-cara untuk membangunkan aplikasi android menggunakan perisian MIT App Inventor. Selain itu, para pelajar turut didedahkan dengan penggunaan Metodologi TRIZ untuk berfikir secara inovatif dan inventif dalam menyelesaikan masalah.
Di akhir bengkel ini, para pelajar turut didedahkan dengan cara untuk membuat pembentangan projek inovasi secara berkesan.