Sekitar kemeriahan sempena Karnival Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2023 yang telah diadakan di Miri, Sarawak pada 7hb – 8hb Oktober 2023.

Objektif utama karnival ini adalah untuk menyalurkan maklumat berhubung aspek pendidikan serta peluang pekerjaan kepada masyarakat umum di Sarawak sekaligus memberi peluang bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan dan belia.

Karnival yang berlangsung selama 2 hari itu menyaksikan penglibatan lebih 30 agensi mengadakan temuduga terbuka, 30 insitusi pendidikan tempatan dan luar dan 10 agensi bantuan.

Selain itu, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya Young Innovator Challenge, Planetarium Show, TVET Battlefield, STEM Challenge TECH & Science Track Pitching, JI & YIC Challenge, Talent Stage dan Choral Speaking.

Terima kasih warga Miri kerana telah sama-sama memeriahkan Karnival Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT Fair) 2023 ini!

#SCATFAIR2023 #CareerFair #TrainingFair

#SarawakEvents #CareerOpportunities #TrainingPrograms

#SarawakJobs #SkillsDevelopment #JobFair

#EducationFair #CareerAdvancement #FutureOfWork

#YouthEmpowerment #SCATFAIRCountdown #SarawakStudents