Sekitar Bengkel TEGAS Think & Tinker (T&T) Mini Lab Siri Ke-4 yang diadakan di SMK Ulu Layar, Betong pada 18hb Oktober 2023 yang lalu.
Antara modul bengkel yang dibawakan bersama para pelajar di sekolah tersebut ialah:
i) Bengkel Pembangunan Aplikasi Android Menggunakan MIT App Inventor
ii) Bengkel Pemikiran Inovatif TRIZ dan Penyelesaian Masalah
iii) Bengkel Pembentangan Projek Inovasi yang Berkesan
Modul-modul yang dibawakan ini akan dapat membantu para pelajar untuk menghasilkan projek inovasi yang berkesan dan juga mengaplikasikan teknologi digital seperti aplikasi mudah alih di telefon pintar.








