Sekitar kemeriahan program Sarawak Children’s Festival anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri yang telah berlangsung selama dua hari pada 26hb & 27hb Ogos 2023 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk mengadakan pameran bertemakan Eksplorasi Robotik dan Teknologi Digital bersempena program ini. Program ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman pembelajaran menyeronokkan dan interaktif yang menggalakkan inovasi dan teknologi bagi kanak-kanak.

Terima kasih kepada Pustaka Negeri Sarawak, Miri kerana telah sudi menjemput pihak TCIL sebagai salah satu Smart Partner dalam melaksanakan program ini. Kami berharap melalui pelaksanaan program sebegini akan dapat membantu melahirkan generasi anak muda Sarawak yang lebih berinovasi dan kreatif di masa akan datang!

#TEGASCommunityOutreach

#DigitalInnovation4All