Sekitar kemeriahan program Sarawak Children’s Festival Sibu anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Sibu pada 2hb-3hb September 2023 yang lalu.
Program ini bertujuan untuk meraikan golongan kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti pendidikan dan pembelajaran melalui cara yang menyeronokkan seperti seni kraftangan, sains, dan kemahiran kognitif. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjadikan perpustakaan sebagai wadah ilmu pengetahuan kepada golongan kanak-kanak untuk merasai pembelajaran yang mereka tidak perolehi di kelas.
Terima kasih Pustaka Negeri Sarawak, Sibu kerana telah menjemput pihak TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) sebagai pempamer dalam program ini!








