Sekitar Program Project of Dream Realized (Pro-DR) 2023 di Dewan Serbaguna Kampung Semop, Daro pada 9 Ogos 2023. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran pendidikan, pameran kerjaya serta pameran teknologi digital. Turut hadir bersama penceramah jemputan bengkel bahasa melayu untuk murid-murid yang hadir pada program ini.

Majlis perasmian telah disempurnakan YB Datuk Abdullah Bin Haji Saidol, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak), ADUN N. 42 Semop merangkap Setiausaha TEGAS.

Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat, rakan strategik TEGAS serta semua warga Semop!

Lokasi seterusnya adalah di Dewan Suarah Mesra, Mukah.

#Digitalinnovation4All

#PRODR2023