Sekitar Program Project of Dream Realized (Pro-DR) 2023 di NAIM Paragon Mall, Bintulu pada 14 Ogos 2023. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti pameran pendidikan, pameran kerjaya serta pameran teknologi digital. Turut hadir bersama penceramah jemputan untuk klinik SPM untuk murid-murid yang hadir pada program ini.
Majlis perasmian telah disempurnakan Tuan Nyaruk Keti Residen Bahagian Bintulu selaku wakil YB Dato Majang Anak Renggi, Timbalan Menteri Infrastruktur Dan Pembangunan Pelabuhan (Pembangunan Pelabuhan) ADUN N.70 Samalaju.
Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang terlibat, rakan strategik TEGAS serta semua warga Bintulu!
Lokasi seterusnya adalah di Dewan Hotel Imperial, Miri.