TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) telah dijemput untuk menyertai Program Randau Pembangunan Sosial Bahagian Betong Siri 1/2023 di Rh. Soontik, Lubok Kepayang, Awik, Saratok pada 23hb-25hb Jun 2023 yang lalu.

Program Randau Pembangunan Sosial merupakan satu program outreach bersepadu yang mensasarkan masyarakat luar bandar yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. TCIL telah dijemput untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang kepentingan pendidikan STEM dan penggunaan teknologi digital seperti robot dan Virtual Reality (VR) dalam kehidupan seharian.

Program ini merupakan anjuran Majlis Pembangunan Sosial (MPS), Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) dengan kerjasama Residen Bahagian Betong dan Pejabat Daerah Saratok.

#TEGASCommunityOutreach

#TEGASCommunityInnovativeLearning

#DigitalInnovation4All