Sekitar program No Child Left Behind Workshop pada 10hb Jun 2023 yang bertempat di TEGAS Digital Innovation Hub, Miri.
Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid dari Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Sarawak dan juga SMK Pujut, Miri telah menyertai bengkel tersebut. Para pelajar telah didedahkan dengan bengkel “Creative Design and Presentation with Canva” dan juga “Introduction to Arduino Programming”. Selain itu, peserta yang terlibat juga didedahkan dengan asas pengendalian mesin pencetak 3D.
Turut hadir bersama, Dr Zufar Yadi Brendan bin Abdullah selaku Setiausaha Eksekutif Majlis Pembangunan Sosial Sarawak memberi sedikit sebanyak perkongsian dan kata-kata semangat kepada para peserta sebagai ucapan penutupan.
Program No Child Left Behind ini merupakan anjuran Persatuan Engineers Without Borders Malaysia Sarawak (EWBMS) dan disokong oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) Sarawak. TEGAS Community Innovative Learning (TCIL) hadir sebagai Learning Partners dalam membantu menjayakan program ini.