Lawatan Sambil Belajar daripada Sekolah Kebangsaan Assun Sarikei ke TEGAS Digital Village.
Seramai 23 orang murid sekolah berusia 10 hingga 12 tahun dan 7 orang staf serta guru pengiring telah menyertai lawatan ini.
Terlebih dahulu, pihak rombongan dibawa melawat dan melihat kesemua kemudahan disediakan di TEGAS Digital Village.
Selain itu, pihak rombongan juga telah berpeluang untuk bermain dan mencuba aktiviti-aktiviti STEM yang telah disediakan oleh team #TEGASCommunity.